Saturday, 20 September 2014

Rahsia Scorpio

Assalamualaikum..

Sebenarnya, pada tika ini aku sedang menghadapi konflik dalaman jiwa, yang lebih hebat dari perasaan nak terbeyak dalam lift yang sarat dengan manusia dan  tersangkut di tingkat sembilan (tetiba)

Kepada semua scorpio..Ingat, kita ni OHSEM. Nah, baca ja lah ni..

KELEBIHAN SCOPIO

# banyak idea dalam perkara
# sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
# berfikiran kehadapan
# berfikiran unik dan bijak
# penuh dgn idea-idea baru yg luar biasa
# pemikiran yg tajam
# daya firasat yg sgt halus dan tinggi
# bagus utk jadi doktor
# cermat dan teliti
# personaliti dinamik
# sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
# banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra 
# berani, pemurah setia dan byk kesabaran
# terlalu degil dan keras hati apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya
# tak suka marah kecuali digugat
# mudah ambil berat terhadap orang lain
# pandai muhasabah diri
# cara berfikir lain dari org lain
# otak yg sangat tajam
# pandai mendorong diri sendiri
#tidak hargai pujian
# kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu
# cuba sampai berjaya
# badan yg tough
# kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
# romantik
# tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
# suka duduk dirumah
# sangat rajin dan berkemampuan tinggi
# amanah, jujur setia dan pandai berahsia
# tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
# bercita-cita tinggi
# perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
Sumber : pakcik goggle

Jari rajin menunding

Assalamualaikum..

Insyaallah, kali ini aku akan kembali menulis setiap bulan..aku akan mulakan dengan topik ini

Malaysia dihangatkan dengan satu isu hebat iaitu UPSR BOCOQ atau BOCOR.

Pada pendapat aku, (pendapat aku na....yang baca jangan nak sensitif lebih sangat)... Semua masalah ini berlaku sebab kita terlampau kejarkan dunia sampai abaikan akhirat. (Nahhhh, tiba-tiba nak islamik pulak)..bahahahahah meh nak cita betui-betui ni..


Bila pihak atasan terus menerus menekan golongan pendidik untuk melahirkan sekolah kluster, bila pihak guru terus menerus menekan anak murid tentang bertapa pentingnya 5A, bila ibu bapa dok pulun antara satu sama lain nak habaq yang 

"hang tau x, anak aku dapat 5A"
"apa?? anak hang xdapat A langsung, fail?? memang tak dak masa depan la anak hang nanti"

pernah dengar tak ayat2 ni... siapa kita yang nak menghakimi, nak menentukan masa depan seorang budak. Ya, anak yang baru lahir tu ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya..

kita kena bimbing dan tunjukkan jalan yang betul. tapi jap...bila guru membimbing.. ibu bapa pula kata guru tu memandai-mandai..tapi bila tak dapat 5A.. nahhhh

"xpayah belajaq lah dengan Cikgu Ton tu, dia hajaq tak baguih..tengok anak aku dapat 4A 1B ja"

Ya Allah...nampak tak...sekarang ni budaya tunding jari ni memang dah sebati, dah melekat dalam diri semua orang. nak contoh?sat.

1) "Ishhh, aku terlambat punchkad pulak hari ni, hujan, lepas tu jam pulak kat bulatan tadi"

2) "Awat la kerusi bas ni teruk sangat, ni mesti budak2 muda punya keja la ni"

3) "Ni baby la punya pasal ni, kalau baby tak kol anje semalam, mesti anje bangun awal hari ni"

emmmm...entahlahhh... jangan sampai satu hari, jatuh tangga dan tangga tu pulak yang disalahkan.

Sebenarnya, apa kata dalam satu hari saja, kita bersangka baik dan berbuat baik dengan semua orang. Banyakkan cakap perkara-perkara yang positif. Lagi banyak benda positif yang kita ujarkan, kongsikan..Insyaallah, makin banyak benda positif yang akan kita dapat.

Dan, kalau betul nak sesuatu tu...DOA..faham..DOA.. Angkat tangan, ikhlaskan hati dan doa..
Janji Allah itu pasti, kan Dia cakap, kalau nak apa-apa minta daripadanya, nescaya akan dimakbulkan. 

Nak budak dapat 5A? Mak ayah, cikgu, menteri, pembangkang semua lah..berdoa lah..dan yang paling penting diri sendiri tu kena berdoa..ni dok tunding jari, harapkan orang lain doa.. 


Doa. Hanya itu yang setiap mukmin ada. Kurangkan menunding jari, sama-sama membangunkan generasi. Insyaallah, jika hati ikhlas, redha Allah sentiasa di sisi. 

Sekian.



 sumber : pakcik google


Monday, 10 March 2014

Gering

Gering
Gersang
Gerhana
Garuda?

Tak sama, tapi rasa dia sama.

Kisah aku memang menarik sehingga sering jadi bahan bualan kalian.
Jika itu yang membahagiakan, katalah..
Aku izinkan. Di mana, bila, dan apa saja topiknya.
Katakan,
bualkan,
Bicarakan,
Degarkan,
Momokan.
Dan segala kan kan kan yang lain.

Sungguh aku izinkan.

Cuma, nanti di akhirat, bila beg pahala kau beralih ke bahu aku,
JANGAN ITUPUN KAU PERSOALKAN.


1156 terkilan
Depan padang bola
#gadiswajahriang

Kisah Bhai

Salam.. 

Jujur dan ikhlas. Itu yang aku dapat sepanjang jadi guru ganti dan ditugaskan untuk mengajar kelas tahun 1. Mereka ajar aku erti jujur dan ikhlas. Erti yang aku tak dapat di tempat lain. Kisahnya bermula begini:

Situasi pagi
(aku baru lepas thumbprint)

'Cikgu Su,... Cikgu Su' (lari dan terus peluk aku) di hadapan semua orang.
'Eh, napa ni Bhai (bukan nama sebenar), rilex2'

Bhai nangis. 
Dari jauh aku nampak muka cuak bapak dia (bapak dia kat luar pagar sekolah)

'Bhai, napa ni, cerita kat cikgu ya'
'Cikgu Su, tolong saya, tolong Bhai' (masih peluk aku. basah dah baju aku separuh)
'Bhai, jom masuk kelas dulu, dalam kelas cita kat cikgu'

Bagi kerja kat semua murid. Murid lain pun diam ja. Kelas jadi gloomy sangat hari ni. Bhai termenung, dia jadi pasif. Aku tak suka murid pasif :( 
Noted: Aku sangat tak suka budak pasif

'Bhai, mai kat cikgu mai' (Dia datang dengan mulut muncung itik dan mata berair --comel) 
'Napa Bhai nangis tadi?'

'Cikgu, semalam bapak ngan mak saya gaduh, bapak saya pukul mak saya depan saya, lepas tu saya nak tolong mak saya, bapak saya pukul saya pulak, adik saya pun kena pukul, cikgu tengok kaki saya ni' (ada kesan tali pinggang)
'Bapak kamu pukul mak kamu dengan tali pinggang' (soalan dobo tetiba terpacul dari mulut aku)

'Ya, cikgu. Mak saya diam ja. Tapi dia menangis banyak sangat.' (Mata Bhai berair masa cita benda ni, dia tengah tahan nangis..kuat budak ni)

'Lepas tu apa jadi Bhai?'
'Cikgu, dah banyak kali dah bapak saya pukul saya, lepas tu, bila bapak saya p kerja, mak saya pukul saya ngan adik saya. Saya tak pa saya besar (padahal baru tujuh tahun), kesian kat adik saya, dia kecik lagi (baru 5 tahun). Cikgu tolong saya boleh?'

'Cikgu tau tak, saya akan balik rumah lepas saya nampak cikgu balik, selagi cikgu tak balik, saya tunggu kat dewan, tengok cikgu buat keja'
'Eh, .....(xtau nak respon apa), emmm tadi Bhai nak cikgu tolong apa?


'Boleh tak saya ngan adik saya tinggal ngan cikgu, boleh tak, saya nak tinggal ngan cikgu sampai bapak saya tak pukul kami dah. Boleh tak cikgu Su? cikgu tolong la saya' (dia pandang aku dengan mata ShinChan)
Erkkk...

KRINGGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Loceng tamat kelas bunyi.

Dan aku pun keluar kelas. Dia pandang aku dengan mata kaca dia lagi.


Nampak? Nampak? Jangan pukul isteri depan anak. Tolonglah kaum Adam sekalian. Kamu ada sembilan akal kan. Tak kan lah benda macam ni pun xleh fikir. 

Ya, aku tak tahu apa situasi yang jadi.Tapi tolonglah, Bhai tu ada masa depan yang cerah, dia pandai, rajin. Tolonglah... Jangan sebab kita, anak kita jadi pendendam.

Entri kali ni, memang emosi sikit. Maaf. Nanti aku murnikan balik. Sekian.

(gambar hiasan dari goggle images)



Wednesday, 5 March 2014

Biarkan

Sukarnya melepaskan cinta ini
Setelah hati ini kau miliki
Ternyata hanya mimpi
Kau buang aku ketepi
Oh mengapa
Kau biar begini sahaja

Mungkin ada penggantimu ku temui
Yang tahu menghargai cinta ini
Satu hari kau kan rasa
Betapa sakitnya hati yang kau luka
Kau biar begitu sahaja
Biar aku pergi bawa diri

Memujuk hatiku
Membiarkan rindu
Semua kerna
Hati ini

Sedikit pun tak bererti kepadamu
Yang memang aku cintai
Tak ku sangka
Ku hanya mengharap yang tiada
Dalam jiwa


p/s : ni lirik lagu cerita Sejoli. Pertama kali aku dengan suara lelaki merintih. Jadi aku suka lagu ni kerana lirik, lagu, cara penyampaian. Tahniah Tomok. Hang dah maju banyak dah sekarang ni!!

Ni link video (tapi pecah la pixel dia). Kalo suka layan, Kalo tak suka hati hang lah labi-labi.

Angan

Banding rupa macam kau tu dewa
Banding badan macam kau tu tuhan

Cinta itu hati. Hati itu cinta.

Benda mudah macam ni pun kau tak mampu hadam, kau tak mampu faham.
Ada hati nak teman sampai hari tua aku.

Simpan ja lah. Simpan ja angan kau tu.

Hati aku tengah mengecil. SANGAT!!


p/s: serabut, gagal cerna frasa yang lebih indah


2115 dingin
Depan meja makan
#gadiswajahriang

Angin

Ditelanjangkan
Diri diratah
Dijilat diraba
Setiap pelusuk

Teruskan
Aku rela

Banjir mata melihat langit
Penuh bintang
Tidak berawan

Angin terima kasih
Sudi isi sepi malam ini


2208 kelam
Bawah langit
#gadiswajahriang

Thursday, 27 February 2014

Sentap

Orang tegur kau sentap, Orang usik kau sentap, Orang arah kau sentap, Orang agah lagi kau sentap

Kata sentap tu tercipta untuk kau?

Masa kau tegur si polan depan khalayak, kau aibkan dia, kau rasa si polan tak sentap?
Masa kau umpat family si minah depan si minah sendiri, kau rasa dia rasa apa?
Masa kau hina rasa makanan kat kedai, chef tu kerling kau, kau ingat?
Masa kau herdik si buta yang minta sedekah, kau rasa dia halimunan?

Nah, bila kau buat orang, kau rasa itu teguran.
Bila orang buat kau, kau rasa Allah tu kejam.

Kau apa?

Hati batu atau mati jiwa??


1929 malam
Starbuck Jusco Prai
#gadiswajahriang

Wednesday, 26 February 2014

TUNDING!

Kau gemuk
Kau renek
Kau buncit
Kau hitam
paha kau besar
Jubur kau muat lori
Siung kau pelik
Hidung kau kemek
Rambut kau tambun

Ya ini aku--hanya aku
Karya tuhanku
Kau apa tahu?

Kau tu
Iras hantu
Kau tak tahu


1336 petang
Anjung Masjid
#gadiswajahriang

Tuesday, 18 February 2014

Sabar

Assalamualaikum.

Tajuk entri kali ini timbul dalam benak aku, lepas aku tengak guru-guru petang mengajar muridnya.
Cuba bayangkan, waktu tengah hari rembang tu, waktu tu lah kena ajar murid, murid waktu tu lah nak menangis, nak berak dalam seluar, nak bergaduh dengan kawan dan macam-macam pe'el.

Aku pandang ja cikgu tu. Dia masih boleh senyum, gelak dan melayan anak muridnya. Adatlah, dalam satu kelas mesti ada murid yang paling nakal di alam ini. Tapi cikgu tu mampu kawal dia.
Aku kan terlebih suka bertanya, maka aku pun tebalkan muka pergi tegur cikgu tu.

"Assalamualaikum cikgu, nak tanya sikit boleh?"

"Ya, eh saya cina la..tapi saya jawab jugak lah, selamat selamat ke atas kamu"

(ok, cikgu ni kepala gila macam aku)

"Cikgu, emmm macam mana cikgu tahan sabar dengan lama"

"haha, wa tahu dari tadi su pandang wa kan, wa tahu wa paling kacak dalam sekolah ni (pun boleehhh). Eh, apa soalan tadi? (Dia pandang nametag aku) Su, sabar ni mana kita boleh dapat dalam 1 jam, kena ajar diri, kita yang kawal diri, bukan diri kawal kita"

(Panggg, rasa kena tampar)

"Agama lu lagi lah suruh lu sabarkan, wa baca kitab kamu tu, apa Quran kan, haaa, wa baca terjemahan lah, seronok, macam baca buku cerita, lu baca tak terjemahan lu? wa baca setiap malam tau, wa suka.. wa baca surah yusuf tu, wa selalu berangan wa hensem macam dia"

(Panggggggg, rasa kena tampar dengan kaki)

"Su, sebenarnya bila kita sabar, banyak benda baik akan jadi. lagipun hidup kita ni kita xtau kita mau jumpa tuhan bila, ala..kita tak tau kan kita mati bila, jadi buat apa kita mau sedih, serabut. wa paling marah kalau ada cina bunuh diri. rugi ooo.. dari bunuh diri baik pergi bercuti ka apa ka..tui ma?? (betul tak?) 

"cikgu, emmm saya tak tau nak kata apa dah :("

"laaa, yang lu nak sebak ni kenapa, ingat hidup ni singkat..kalo lu tak suka benda tu, lu ubah..dan jangan bagi otak serabut..banyak benda best ma dalam dunia kan, selagi lu boleh nafas lu kena happy ma"

"cikgu, terima kasih"

"sama-sama, eh Su.. lu dah kawin ka?"

"ehhh belum lagi, napa?"

"haaaa, kalo betui lu nak latih diri sabar, lu kawin la.. wa kan, banyak sabar dengan bini wa tau..  dia kan banyak suka bebel tau, tapi wa tau dia penat..dia kena jaga anak lagi, masak kat wa lagi..jadi wa sabar ja lah dengan dia.. wa sayang dia maaa... kawan boleh cari, bini manyak susah ooo kahkahkahk"

"ya lahhhh...ya lahhh..thank you ya cikgu.. saya suka sembang dengan cikgu"

"wa lagi suka sembang sama lu..kalo lu cina, wa dah kawin dengan lu maaaa, lu banyak cantikkk..lu banyak lengluii (dia cakap ok, bukan aku tambah)"

(dan kami pun sembang-sembang isu lain)

selesai.

Perbualan 10 minit yang penuh bermakna,

Terima kasih Cikgu Tho.

(kadang-kadang benda yang kita tak hargai tu sangat bernilai pada orang lain)


Monday, 10 February 2014

#akugigibesi

Assalamualaikum

Baca tajuk entri tu? Dipendekkan cerita hari ni aku nak cerita perihal gigi besi aku.
hohoho semalam tepat jam 1630 aku selesai dikerjakan oleh doktor gigi aku.

Segala khabar angin yang mengatakan pakai gigi besi ni sakit, macam nak tercabut gigi, gusi nak terkeluar, lidah terjelir semuanya palsu, dongeng dan khurafat semata-mata. Percayalah kata-kata aku ni. (waktu doktor pasang besi kat gigi aku, aku boleh ja humming lagu sesal mendua..doc tu gelak ja dengar aku humming)

Aku akan jelaskan satu-persatu proses nak bergigi besi ni.

1) pergi jumpa doktor braces (cek + crowning) = RM 190
2) pergi cabut gigi + tampal (kalo perlu) + scalling + polishing = RM410 (ikut situasi gigi anda)
3) pergi jumpa doktor braces dan pasang besi = RM1000
4) kelengkapan gigi besi (ubat gigi, berus2, wax, ubat kumur) = RM 60
5) duit minyak kereta = RM30 (ikut keadaan)

hahhhh jumlahnya ialah RM 1660. (jumlah ni berbeza-beza sebab ada yang kena cabut 4 batang gigi, ada yang kena cabut 3, ada yang tak payah tampal..faham tak??)

Aku syorkan jika ada orang utara yang berminat nak bergigi besi ni boleh lah p kat Klinik Ortodontik Permatang Pauh, Pulau Pinang. (p goggle maps sendiri)

Ya, aku tau. Mesti ada soalan dalam benak-benak kalian kan.

1) Kenapa nak pakai braces, gigi hang dah cantik apa? (ok,perkataan akhir agak perasan)
Aku ada masalaha rahang yang tak sama, bila senyum or gelak lebih-lebih rahang aku akan bergerak melebihi had, mula-mula ok, dah tua-tua ni, sakit la woii.

2) bukan haramka mengubah ciptaan tuhan.
aku buat demi kesihatan. ada kan hadis pasal ni. boleh rujuk Al-Quran ya wahai penyoal-penyoal.

3) tak sakitka?
sila baca perenggan kedua aku. Sungguh, tak sakit wehhhh.. aku memang nak pakai lama dah braces ni, sekarang baru cukup duit.

4) kalo ada soalan leh inbox aku ya.. aku dah xmampu nak baca benak-benak kalian tu..

Sekian.

(Kat bawah ni gambar aku dah gigi baru ku..yihaaa!!!! tak sakit woii, p bagi tau semua orang p)

Kata Sayasu:
Senyuman lebih ceria apabila ada besi-besi comel ni. kahkahkahkah

http://instagram.com/p/kOsUEbiglz/

Wednesday, 8 January 2014

2014 - Alhamdulillah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, tahun ni murah sangat rezeki aku. Syukur sangat. Terima kasih Ya Rabb. 
Keluarga, kesihatan semuanya lengkap. Aku akan cuba bahagiakan kedua ibu bapaku sehabis daya aku, sebab aku tahu, selama 24 tahun aku hidup ni mesti banyak aku buat onar pada hati mereka. Mesti berlambak hak punyalah. (bahasa utara, kau apa tau?) Tahun ini tahun pertama aku akan mula kerja sebagai pendidik (InsyaAllah), maka akan cuba tunaikan semua impian mama dan babah. (Jangan minta aku belikan rumah baharu dah la).. dan

Aku akan cuba tunaikan senarai 101 impian aku. HAHHHHH WAT THE HECK!!!  
(Antaranya ialah merantau lihat tempat orang, umrah,paragliding, bungee jumping at Bali dan banyakkkkk lagi)

Cuba hampa semua senaraikan 101 impian hampa. (Hampa = kamu)  Memang dalam tak sedar Allah swt akan tunaikan satu persatu. Hah masa tu lah hampa patut bersyukur. Kan Allah dan berfirman yang maksudnya lebih kurang macam ni. "Bersyukurlah, maka aku kan tambah lagi rezeki kamu". Dalam surah apa ntah, aku lupa. Maka teknik dia mudah ja:

Allah beri ----> Kita bersyukur ---->Allah tambah lagi ----> Kita dabel syukur ---> Allah tambah lagi
(hahhhhhh tak kan tak faham lagi)

Sebenarnya entri kali ni aku nak cita pasal nikmat syukur ja. Jadi aku harap hampa faham lah kan.
Lagi banyak hampa bersyukur lagi banyak rezeki yang akan hampa dapat.

Jadi, moh la kita tukar ayat-ayat yang biasa kita guna. Contohnya:


"Perghhhh, panasnya hari ni. Hitam kulit aku jenab oi"

Kasi tukar

"Wahhhh, bagus cuaca hari ni. Alhamdulillah. Boleh la aku jemur baju yang minggu lepas aku basuh tuu" (ehhh)



"Hujan lebat pulak dahhh. Aishhhh aku dah siap nak p Midvalley ni. Aishhhhhhh"

Kasi Tukar

"Alhamdulillah, Allah nak aku rehat ni. Lima jam aku fokus dalam kelas Cik Midah tadi. Terima kasih Allah." (nama watak sekadar contoh)



"Apa makcik kafe ni, selalu masak lauk sama ja. Muak lah. Muak! Jom makan kat Amjal"

Kasi Tukar

"Yes, ada lauk lagi. Terima kasih makcik sebab masakkan dekat saya. Saya pun nak diet ni, makan nasi ngan kuah ikan pun dah kenyang"
(cuba hang cakap dekat makcik tu, sure esok dia masak lebih sikit kat hang)



Hahhh lebih kurang macam tu laaaa...faham tak?


Maka marilah kita bersyukur. Tak payah lah nak buat sujud syukur kat tengah-tengah highway tu. Meroyan namanya. Cukup dengan cakap Alhamdulillah dalam hati atau cakap terima kasih. Allah tahu. Dia kan Maha Mengetahui.

Sekian.








(Alhamdulillah, terima kasih kepada yang memberi)


#sehariseinci