Assalamualaikum
Baca tajuk entri tu? Dipendekkan cerita hari ni aku nak cerita perihal gigi besi aku.
hohoho semalam tepat jam 1630 aku selesai dikerjakan oleh doktor gigi aku.
Segala khabar angin yang mengatakan pakai gigi besi ni sakit, macam nak tercabut gigi, gusi nak terkeluar, lidah terjelir semuanya palsu, dongeng dan khurafat semata-mata. Percayalah kata-kata aku ni. (waktu doktor pasang besi kat gigi aku, aku boleh ja humming lagu sesal mendua..doc tu gelak ja dengar aku humming)
Aku akan jelaskan satu-persatu proses nak bergigi besi ni.
1) pergi jumpa doktor braces (cek + crowning) = RM 190
2) pergi cabut gigi + tampal (kalo perlu) + scalling + polishing = RM410 (ikut situasi gigi anda)
3) pergi jumpa doktor braces dan pasang besi = RM1000
4) kelengkapan gigi besi (ubat gigi, berus2, wax, ubat kumur) = RM 60
5) duit minyak kereta = RM30 (ikut keadaan)
hahhhh jumlahnya ialah RM 1660. (jumlah ni berbeza-beza sebab ada yang kena cabut 4 batang gigi, ada yang kena cabut 3, ada yang tak payah tampal..faham tak??)
Aku syorkan jika ada orang utara yang berminat nak bergigi besi ni boleh lah p kat Klinik Ortodontik Permatang Pauh, Pulau Pinang. (p goggle maps sendiri)
Ya, aku tau. Mesti ada soalan dalam benak-benak kalian kan.
1) Kenapa nak pakai braces, gigi hang dah cantik apa? (ok,perkataan akhir agak perasan)
Aku ada masalaha rahang yang tak sama, bila senyum or gelak lebih-lebih rahang aku akan bergerak melebihi had, mula-mula ok, dah tua-tua ni, sakit la woii.
2) bukan haramka mengubah ciptaan tuhan.
aku buat demi kesihatan. ada kan hadis pasal ni. boleh rujuk Al-Quran ya wahai penyoal-penyoal.
3) tak sakitka?
sila baca perenggan kedua aku. Sungguh, tak sakit wehhhh.. aku memang nak pakai lama dah braces ni, sekarang baru cukup duit.
4) kalo ada soalan leh inbox aku ya.. aku dah xmampu nak baca benak-benak kalian tu..
Sekian.
(Kat bawah ni gambar aku dah gigi baru ku..yihaaa!!!! tak sakit woii, p bagi tau semua orang p)
Kata Sayasu:
Senyuman lebih ceria apabila ada besi-besi comel ni. kahkahkahkah
http://instagram.com/p/kOsUEbiglz/
Monthly payments brapa ?
ReplyDelete