Assalamualaikum..
Insyaallah, kali ini aku akan kembali menulis setiap bulan..aku akan mulakan dengan topik ini
Malaysia dihangatkan dengan satu isu hebat iaitu UPSR BOCOQ atau BOCOR.
Pada pendapat aku, (pendapat aku na....yang baca jangan nak sensitif lebih sangat)... Semua masalah ini berlaku sebab kita terlampau kejarkan dunia sampai abaikan akhirat. (Nahhhh, tiba-tiba nak islamik pulak)..bahahahahah meh nak cita betui-betui ni..
Bila pihak atasan terus menerus menekan golongan pendidik untuk melahirkan sekolah kluster, bila pihak guru terus menerus menekan anak murid tentang bertapa pentingnya 5A, bila ibu bapa dok pulun antara satu sama lain nak habaq yang
"hang tau x, anak aku dapat 5A"
"apa?? anak hang xdapat A langsung, fail?? memang tak dak masa depan la anak hang nanti"
pernah dengar tak ayat2 ni... siapa kita yang nak menghakimi, nak menentukan masa depan seorang budak. Ya, anak yang baru lahir tu ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya..
kita kena bimbing dan tunjukkan jalan yang betul. tapi jap...bila guru membimbing.. ibu bapa pula kata guru tu memandai-mandai..tapi bila tak dapat 5A.. nahhhh
"xpayah belajaq lah dengan Cikgu Ton tu, dia hajaq tak baguih..tengok anak aku dapat 4A 1B ja"
Ya Allah...nampak tak...sekarang ni budaya tunding jari ni memang dah sebati, dah melekat dalam diri semua orang. nak contoh?sat.
1) "Ishhh, aku terlambat punchkad pulak hari ni, hujan, lepas tu jam pulak kat bulatan tadi"
2) "Awat la kerusi bas ni teruk sangat, ni mesti budak2 muda punya keja la ni"
3) "Ni baby la punya pasal ni, kalau baby tak kol anje semalam, mesti anje bangun awal hari ni"
emmmm...entahlahhh... jangan sampai satu hari, jatuh tangga dan tangga tu pulak yang disalahkan.
Sebenarnya, apa kata dalam satu hari saja, kita bersangka baik dan berbuat baik dengan semua orang. Banyakkan cakap perkara-perkara yang positif. Lagi banyak benda positif yang kita ujarkan, kongsikan..Insyaallah, makin banyak benda positif yang akan kita dapat.
Dan, kalau betul nak sesuatu tu...DOA..faham..DOA.. Angkat tangan, ikhlaskan hati dan doa..
Janji Allah itu pasti, kan Dia cakap, kalau nak apa-apa minta daripadanya, nescaya akan dimakbulkan.
Nak budak dapat 5A? Mak ayah, cikgu, menteri, pembangkang semua lah..berdoa lah..dan yang paling penting diri sendiri tu kena berdoa..ni dok tunding jari, harapkan orang lain doa..
Doa. Hanya itu yang setiap mukmin ada. Kurangkan menunding jari, sama-sama membangunkan generasi. Insyaallah, jika hati ikhlas, redha Allah sentiasa di sisi.
Sekian.
sumber : pakcik google

No comments:
Post a Comment