Salam...
Dah minggu kedua baru sayasu ada kesedaran nak menulis balik...maaf la yer..almaklumlah...kerja makin bertambah, tapi xpa, InsyaAllah sempena Ramadhan Al-Mubarak ni sayasu akan rancang jadual yang terbaik.
Entri kali ni sayasy nak share pasal projek mega yang bakal sayasu n Gia serta Saa buat. Kami intership sama2.. Intership?? menatang apa tu (bahasa utara).. dalam kapal? kapal dalam? nanti sayasu kongsi ya.. Sambung balik pasal projek mega tadi.. Kami akan menganjurkan BULAN MEMBACA di SK Puchong Utama 2.
Semua tahun terlibat kecuali tahun 6. Alasannya sebab depa nak periksa UPSR.. (waktu sayasu kecik2 dulu, sayasu main ja,tengok Autumn In My Heart..hasil dia dapat jugak 5A..#eh#ops#akuxriak).
Dah2, dah kelaut dah sayasu ni.. di bawah ni, sayasu sertakan bahan-bahan yang sayasu rancang untung digunakan bagi Pertandingan Mewarna Poster Tahun 2 sempena Bulan Membaca ni (awat xleh upload banner ntah) . Silalah jamu mata
Poster 1
Poster 2
Poster 3
Terima Kasih Daun Keladi kepada Syazwani yang banyak membantu Sayasu. (Syazwani ni legend dalam dunia Adobe).
Nanti sayasu update lagi, mengenai projek mega sayasu ni.. Sekian.
kata Sayasu:
JANGAN PERNAH MALU UNTUK MENUNTUT ILMU, USIA BUKAN PENGHALANG.


.jpg)
No comments:
Post a Comment