"sesuatu yang kamu lihat, kamu dengar, dan kamu tidak menyukainya atau sebaliknya, mungkin adalah cerminan diri kamu sendiri, dan itu adalah cara halus ALLAH SWT menegur kamu.." #yelah2, ayat yang asli pendek ja, Sayasu tambah untuk jadikan macam drama sikit#
tadi Sayasu ronda-ronda dengan Adam..Sayasu parking la dekat satu tempat ni, dijadikan cita Sayasu ternampak seorang pengemis ni...eh lupa nak cerita Adam tu keta Sayasu, Adam banyak berjasa dalam hidup Sayasu ^^, (sila tepuk tangan=p)
(gambar hanya contoh)
Sayasu pelik, tapi buat derkk je la...buat apa nak amik tau pasal orang lain, diri sendiri pun xterjaga.... TUPP!! DIRI SENDIRI PUN XTERJAGA!! Sayasu tengok jam dan perlahankan radio Sayasu..sayup-sayup kedengaran........
LAILAHHAILLAH...(azan baru habis)....rupa-rupanya,.pengemis tadi bergegas nak pergi solat Asar di masjid berdekatan... masa ni Sayasu rasa kosong sangat...hati Sayasu macam terkeluar dari kotak (tempat) yang sepatutnya ia berada...
"PENGEMIS YANG BERTONGKAT PUN BERLARI2 NAK SOLAT DI MASJID PADA AWAL WAKTU...AKU?? YANG BERKENDERAAN N BERWANG NI??? (kira berwang la kan coz baru dapat duit raya)...
Terima kasih Allah SWT, kerana menegur diriku yang alpa, hina lagi dina ini.... terima kasih... dan sebelum terlambat, Sayasu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf ZAHIR dan Batin...
kata Sayasu:
JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH SWT, ALLAH akan jaga hubungan kita dengan semua makhluk lain^^,

No comments:
Post a Comment