Sayasu harap kamu2 juga dapat Dhuha bersama Sayasu... Sayasu cuba jadikan solat sunat ini amalan Sayasu, namun biasalah kekangan masa (alasan tak munasabah langsung)... namun Sayasu akan terus cuba cabar diri Sayasu ni untuk buat solat sunat ini setiap hari...
dan Sayasu berjaya buat secara istiqamah 2 kali seminggu...ya....memang Sayasu tak dapat dibandingkan dengan kamu2...Sayasu masih jauh.... tapi... niat itu penting... kalau solat 48 rakaat sehari pun, tapi dalam hati ada riak, tak guna juga ya.. (maaf, terkasar pula bahasa Sayasu^^,)...
ISLAM ITU MUDAH... Sayasu dah sediakan cara2 mudah untuk kamu2 dan Sayasu amalkan...
SOLAT SUNAT DHUHA
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Niatnya: "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca doa ini selesai solat:
... Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Bagi memudahkan kamu2 dan diri Sayasu, Sayasu dah warnakan perkataan2 yang penting dalam doa ni..harap ia membantu kamu2 untuk hafal doa yang ringkas ini..
Sayasu terjumpa video ni dalam external kawan Sayasu... ini mungkin lebih mudahkan kamu2 dan Sayasu juga... jom layan...
Bismillahhirohmanirohim....
(terima kasih kawanku)
Salam...
Kata Sayasu :
biar apa orang kata...Allah tahu niat kita^^,
Kata Sayasu :
biar apa orang kata...Allah tahu niat kita^^,
No comments:
Post a Comment