Saturday, 20 September 2014

Rahsia Scorpio

Assalamualaikum..

Sebenarnya, pada tika ini aku sedang menghadapi konflik dalaman jiwa, yang lebih hebat dari perasaan nak terbeyak dalam lift yang sarat dengan manusia dan  tersangkut di tingkat sembilan (tetiba)

Kepada semua scorpio..Ingat, kita ni OHSEM. Nah, baca ja lah ni..

KELEBIHAN SCOPIO

# banyak idea dalam perkara
# sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
# berfikiran kehadapan
# berfikiran unik dan bijak
# penuh dgn idea-idea baru yg luar biasa
# pemikiran yg tajam
# daya firasat yg sgt halus dan tinggi
# bagus utk jadi doktor
# cermat dan teliti
# personaliti dinamik
# sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
# banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra 
# berani, pemurah setia dan byk kesabaran
# terlalu degil dan keras hati apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya
# tak suka marah kecuali digugat
# mudah ambil berat terhadap orang lain
# pandai muhasabah diri
# cara berfikir lain dari org lain
# otak yg sangat tajam
# pandai mendorong diri sendiri
#tidak hargai pujian
# kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu
# cuba sampai berjaya
# badan yg tough
# kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
# romantik
# tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
# suka duduk dirumah
# sangat rajin dan berkemampuan tinggi
# amanah, jujur setia dan pandai berahsia
# tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
# bercita-cita tinggi
# perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
Sumber : pakcik goggle

Jari rajin menunding

Assalamualaikum..

Insyaallah, kali ini aku akan kembali menulis setiap bulan..aku akan mulakan dengan topik ini

Malaysia dihangatkan dengan satu isu hebat iaitu UPSR BOCOQ atau BOCOR.

Pada pendapat aku, (pendapat aku na....yang baca jangan nak sensitif lebih sangat)... Semua masalah ini berlaku sebab kita terlampau kejarkan dunia sampai abaikan akhirat. (Nahhhh, tiba-tiba nak islamik pulak)..bahahahahah meh nak cita betui-betui ni..


Bila pihak atasan terus menerus menekan golongan pendidik untuk melahirkan sekolah kluster, bila pihak guru terus menerus menekan anak murid tentang bertapa pentingnya 5A, bila ibu bapa dok pulun antara satu sama lain nak habaq yang 

"hang tau x, anak aku dapat 5A"
"apa?? anak hang xdapat A langsung, fail?? memang tak dak masa depan la anak hang nanti"

pernah dengar tak ayat2 ni... siapa kita yang nak menghakimi, nak menentukan masa depan seorang budak. Ya, anak yang baru lahir tu ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya..

kita kena bimbing dan tunjukkan jalan yang betul. tapi jap...bila guru membimbing.. ibu bapa pula kata guru tu memandai-mandai..tapi bila tak dapat 5A.. nahhhh

"xpayah belajaq lah dengan Cikgu Ton tu, dia hajaq tak baguih..tengok anak aku dapat 4A 1B ja"

Ya Allah...nampak tak...sekarang ni budaya tunding jari ni memang dah sebati, dah melekat dalam diri semua orang. nak contoh?sat.

1) "Ishhh, aku terlambat punchkad pulak hari ni, hujan, lepas tu jam pulak kat bulatan tadi"

2) "Awat la kerusi bas ni teruk sangat, ni mesti budak2 muda punya keja la ni"

3) "Ni baby la punya pasal ni, kalau baby tak kol anje semalam, mesti anje bangun awal hari ni"

emmmm...entahlahhh... jangan sampai satu hari, jatuh tangga dan tangga tu pulak yang disalahkan.

Sebenarnya, apa kata dalam satu hari saja, kita bersangka baik dan berbuat baik dengan semua orang. Banyakkan cakap perkara-perkara yang positif. Lagi banyak benda positif yang kita ujarkan, kongsikan..Insyaallah, makin banyak benda positif yang akan kita dapat.

Dan, kalau betul nak sesuatu tu...DOA..faham..DOA.. Angkat tangan, ikhlaskan hati dan doa..
Janji Allah itu pasti, kan Dia cakap, kalau nak apa-apa minta daripadanya, nescaya akan dimakbulkan. 

Nak budak dapat 5A? Mak ayah, cikgu, menteri, pembangkang semua lah..berdoa lah..dan yang paling penting diri sendiri tu kena berdoa..ni dok tunding jari, harapkan orang lain doa.. 


Doa. Hanya itu yang setiap mukmin ada. Kurangkan menunding jari, sama-sama membangunkan generasi. Insyaallah, jika hati ikhlas, redha Allah sentiasa di sisi. 

Sekian.



 sumber : pakcik google


Monday, 10 March 2014

Gering

Gering
Gersang
Gerhana
Garuda?

Tak sama, tapi rasa dia sama.

Kisah aku memang menarik sehingga sering jadi bahan bualan kalian.
Jika itu yang membahagiakan, katalah..
Aku izinkan. Di mana, bila, dan apa saja topiknya.
Katakan,
bualkan,
Bicarakan,
Degarkan,
Momokan.
Dan segala kan kan kan yang lain.

Sungguh aku izinkan.

Cuma, nanti di akhirat, bila beg pahala kau beralih ke bahu aku,
JANGAN ITUPUN KAU PERSOALKAN.


1156 terkilan
Depan padang bola
#gadiswajahriang

Kisah Bhai

Salam.. 

Jujur dan ikhlas. Itu yang aku dapat sepanjang jadi guru ganti dan ditugaskan untuk mengajar kelas tahun 1. Mereka ajar aku erti jujur dan ikhlas. Erti yang aku tak dapat di tempat lain. Kisahnya bermula begini:

Situasi pagi
(aku baru lepas thumbprint)

'Cikgu Su,... Cikgu Su' (lari dan terus peluk aku) di hadapan semua orang.
'Eh, napa ni Bhai (bukan nama sebenar), rilex2'

Bhai nangis. 
Dari jauh aku nampak muka cuak bapak dia (bapak dia kat luar pagar sekolah)

'Bhai, napa ni, cerita kat cikgu ya'
'Cikgu Su, tolong saya, tolong Bhai' (masih peluk aku. basah dah baju aku separuh)
'Bhai, jom masuk kelas dulu, dalam kelas cita kat cikgu'

Bagi kerja kat semua murid. Murid lain pun diam ja. Kelas jadi gloomy sangat hari ni. Bhai termenung, dia jadi pasif. Aku tak suka murid pasif :( 
Noted: Aku sangat tak suka budak pasif

'Bhai, mai kat cikgu mai' (Dia datang dengan mulut muncung itik dan mata berair --comel) 
'Napa Bhai nangis tadi?'

'Cikgu, semalam bapak ngan mak saya gaduh, bapak saya pukul mak saya depan saya, lepas tu saya nak tolong mak saya, bapak saya pukul saya pulak, adik saya pun kena pukul, cikgu tengok kaki saya ni' (ada kesan tali pinggang)
'Bapak kamu pukul mak kamu dengan tali pinggang' (soalan dobo tetiba terpacul dari mulut aku)

'Ya, cikgu. Mak saya diam ja. Tapi dia menangis banyak sangat.' (Mata Bhai berair masa cita benda ni, dia tengah tahan nangis..kuat budak ni)

'Lepas tu apa jadi Bhai?'
'Cikgu, dah banyak kali dah bapak saya pukul saya, lepas tu, bila bapak saya p kerja, mak saya pukul saya ngan adik saya. Saya tak pa saya besar (padahal baru tujuh tahun), kesian kat adik saya, dia kecik lagi (baru 5 tahun). Cikgu tolong saya boleh?'

'Cikgu tau tak, saya akan balik rumah lepas saya nampak cikgu balik, selagi cikgu tak balik, saya tunggu kat dewan, tengok cikgu buat keja'
'Eh, .....(xtau nak respon apa), emmm tadi Bhai nak cikgu tolong apa?


'Boleh tak saya ngan adik saya tinggal ngan cikgu, boleh tak, saya nak tinggal ngan cikgu sampai bapak saya tak pukul kami dah. Boleh tak cikgu Su? cikgu tolong la saya' (dia pandang aku dengan mata ShinChan)
Erkkk...

KRINGGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Loceng tamat kelas bunyi.

Dan aku pun keluar kelas. Dia pandang aku dengan mata kaca dia lagi.


Nampak? Nampak? Jangan pukul isteri depan anak. Tolonglah kaum Adam sekalian. Kamu ada sembilan akal kan. Tak kan lah benda macam ni pun xleh fikir. 

Ya, aku tak tahu apa situasi yang jadi.Tapi tolonglah, Bhai tu ada masa depan yang cerah, dia pandai, rajin. Tolonglah... Jangan sebab kita, anak kita jadi pendendam.

Entri kali ni, memang emosi sikit. Maaf. Nanti aku murnikan balik. Sekian.

(gambar hiasan dari goggle images)



Wednesday, 5 March 2014

Biarkan

Sukarnya melepaskan cinta ini
Setelah hati ini kau miliki
Ternyata hanya mimpi
Kau buang aku ketepi
Oh mengapa
Kau biar begini sahaja

Mungkin ada penggantimu ku temui
Yang tahu menghargai cinta ini
Satu hari kau kan rasa
Betapa sakitnya hati yang kau luka
Kau biar begitu sahaja
Biar aku pergi bawa diri

Memujuk hatiku
Membiarkan rindu
Semua kerna
Hati ini

Sedikit pun tak bererti kepadamu
Yang memang aku cintai
Tak ku sangka
Ku hanya mengharap yang tiada
Dalam jiwa


p/s : ni lirik lagu cerita Sejoli. Pertama kali aku dengan suara lelaki merintih. Jadi aku suka lagu ni kerana lirik, lagu, cara penyampaian. Tahniah Tomok. Hang dah maju banyak dah sekarang ni!!

Ni link video (tapi pecah la pixel dia). Kalo suka layan, Kalo tak suka hati hang lah labi-labi.

Angan

Banding rupa macam kau tu dewa
Banding badan macam kau tu tuhan

Cinta itu hati. Hati itu cinta.

Benda mudah macam ni pun kau tak mampu hadam, kau tak mampu faham.
Ada hati nak teman sampai hari tua aku.

Simpan ja lah. Simpan ja angan kau tu.

Hati aku tengah mengecil. SANGAT!!


p/s: serabut, gagal cerna frasa yang lebih indah


2115 dingin
Depan meja makan
#gadiswajahriang

Angin

Ditelanjangkan
Diri diratah
Dijilat diraba
Setiap pelusuk

Teruskan
Aku rela

Banjir mata melihat langit
Penuh bintang
Tidak berawan

Angin terima kasih
Sudi isi sepi malam ini


2208 kelam
Bawah langit
#gadiswajahriang